Followers

Membenarkan Atau Mendustakan Perkara Baik

Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Layl ayat 5 hingga 7 yang bermaksud :
  • adapun orang yang memberikan harta yang ada padanya kejalan kebaikan dan bertaqwa.
  • dan dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik
  • maka sesungguhnya, kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga)
Menerusi ayat 5 dan 6, Allah menerangkan usaha manusia yang baik iaitu memberi sedekah dan bertaqwa serta membenarkan apa yang dibawa oleh rasul tentang janji-janji Allah s.w.t terhadap segala amalan baik yang dikerjakan dengan ikhlas.

 Ayat ke 7 pula merupakan suatu jaminan berupa keuntungan bagi mereka yang memilih jalan-jalan kebaikan.Memberi sebagaimana yang disebut dalam ayat kelima merujuk perkara termasuk harta, seperti yang dinukilkan daripada Ibn Abbas r.a.

Menurut Ibni al-Jawzi dalam Zad al-Masir,insan yang dipuji oleh Allah s.w.t.dalam ayat ini ialah Abu Bakar al-Siddiq r.a seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud r.a.Ini juga merupakan pandangan jumhur ulama. Ata' pula mengatakan ia merujuk kepada Abu al-Dahlah yang telah membeli pokok kurma dengan harga yang mahal untuk diberikan Nabi s.a.w  kepada para sahabat yang miskin.

Kata kerja juga difahami sebagai takut akan sikap bakhil daripada menyerang diri ataupun takut melakukan perkara perkara haram yang ditegah seperti yang dikatakan oleh Qatadah.Maksudnya, golongan ini sentiasa

melakukan ketaatan dan berakhlak mulia serta mempunyai perasaan takut daripada melakukan dosa.

Ibn Jarir meriwayatkan dalam tafsirnya bahawa ayat-ayat ini turun berikutan sifat pemurah yang ada pada Abu Bakar al-Siddiq r.a.Semasa berada di Makkah, mereka suka memerdekakan hamba-hamba wanita tua yang baru memeluk islam. Ini menyebabkan tindakannya mendapat teguran dari ayahnya, dengan katanya:
 
"Wahai anakku aku lihat engkau selalu memerdekakan orang yang lemah. Andainya engkau memerdekakan orang yang kuat pasti mereka akan dapat membantumu bahkan dapat membelamu."

Maka jawab Abu Bakar r.a "Wahai ayah aku inginkan pahala daripada Allah.Maka turunlah ayat 5-7 ini.

Baru Niat Sudah Dapat Pahala

Daripada Abu Hurairah r.a.bahawa Rasulullah s.a.w berssabda yang bermaksud; "Allah berfirman: 'Jika hamba-ku berbicara (iaitu berniat) untuk melakukan kebaikan.maka Aku akan menulis untuknyer satu kebaikan selagi belum melakukannyer. Jika ia telah melakukannya, maka Aku mencatatkannya 10 kali ganda. Jika ia berniat untuk melakukan keburukan maka Aku mengampuninya sebelum melakukannya. Jika ia telah melakukannya,maka Aku menulis untuknya semisalnya.'. Rasulullah s.a.w bersabda lagi : 'Para malaikat berkata: 'Wahai Tuhanku, hamba-Mu ini berniat melakukan keburukan, padahal Dia lebih mengetahui, 'Allah berfirman lagi: 'Lihatlah, jika dia melakukannya, maka catatlah keburukan itu untuknya dengan yang semisalnya. Jika ia meninggalkannya, maka tulislah untuknya satu kebaikan. Ia hanyalah meninggalkannya kerana takut kepada-Ku."

(Riwayat Muslim)